CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 29, 2013

happy 2nd anniversary!

30hb April 2011 - 30hb April 2013.Alhamdulillah.,sudah 2 tahun perkahwinan kami..kejap jer rasa.alhamdulillah dipermudahkan perjalanan perkahwinan kami..untuk suami ku sayang:-
 
tq selalu tlg ibu...
tq menjadi suami ringan tulang...
teruskan lah kerajinanan mu itu...
kecuali lipat baju...
kerana....
ibu mmg x suka hasil lipatan baju abah...
kekekeke
 
abah...
tq kerana selalu menceriakan kami..
tq kerana bg gelak bahagia...
n tq kerana kasih sayang mu...
 
abah...
tq kerana selalu memahami ibu...
selalu melayan kehendak ibu...
selalu mendengar leteran ibu...
n ibu janji akan kurangkan leteran..
walaupon x perasan kadang2 ibu cakap tue pon satu leteran...
kekekek...
 
abah...
tq kerana menjaga adik...
tq kerana rajin bangun malam...
n selalu memberi peluang ibu tidur lebih...
walaupon abah penat selalu outstation...
 
abah...
maafkan ibu...
andai sepanjang 2 tahun ini ...
ada perasaaan abah terguris..
sedangkan lidah lagi tergigit..
apa pula suami isteri
buang yang keruh
ambil yang jernih
baru teguh...
peribadi..
ampunkan lah wahai kanda..
suami isteri mesti berfakat...
rumah tangga mendapat berkat..
apa guna selisih faham..
kalau hidup tidak aman tentetam..
 
semoga...
perkahwinan kita
kekal selamanya...
bahagia selamanya...
dilimpahi rahmat...
n terus bahagia selamanya bersama anak kita...
 
ailoveyouverymuchsayang!!!!
 
:: Aisy Soffiya masa nie 11month..dah x sabar nak celebrate birthday adik n celebrate anniversary..yeay!!!
 
 

Monday, April 22, 2013

Undi anda rahsia anda!!

Sekarang ni kecoh pasal ngundi je. Pegi mana aje, orang bercerita pasal undi.undi pilihanraya..pilihanraya undi..adoiii...semak! Kononnya ngah "Demam Pilihanraya". Masalahnya aku pulak yang rase nak demam tengok gelagat diorg..Meh kita demam ramai2..haha 

Cuba korg perhatikan di sekeliling kita sekarang ni.. Macam2 bendera mengiringi perjalanan kita.. Macam2 warna..nak keluar simpang pon payah..kan?kan?kan? tue belom bercerita koyak nyer, bendera yang jatuh nyer..aduhaaiiii..pujuk hati, x apa lah...meriah sikit..huhu
 
Tahun nie tahun kedua aku mengundi.. Agak teruja jugak nak mengundi.. Tapi takde lah macam segelintir orang yang ke mana saja berbicara tentang pilihanraya. Letih mendongarnya.. Dah la berita kt tv hampir setengah dok tunjuk menda alah tu.. Pastu, ada pulak wawancara politik..bla bla bla..
 
Kalau kat fb lagi la...asyik2 politik! asyik2 mengata satu sama lain..kalau bercerita pasal politik, kalah calon..bagi tempoh seminggu pon x habis..tekanan jugak nak tengok fb sekarang. Masing2 nak bg ceramah pasal parti masing2.Bukan tak berminat nak dengar. Cumanya tak payah la kot. Sbb kami dah besar n boleh berfikir mana baik n mana yang buruk. Menda2 macam ni boleh jejaskan hubungan akrab sesama adik beradik n mungkin boleh menimbulkan persengketaan. Thats y kita tak payah nak kecoh sangat pasal parti yang kita sokong. Sebab Undi kita adalah rahsia n tanggungjawab kita. Tak perlu nak kecoh sesangat...
Yang penting! kita pergi ajer la mengundi..mengundi kan kewajipan kita.. UNDI ANDA RAHSIA ANDA..tq!
 

Wednesday, April 17, 2013

edisi : menyampah nyer!!!!

ok! hari nie nak layan perasaan yang da beberapa lama pendam, terpendam & dipendam. Begini alkisahnya..jeng jeng jeng!!!
 
Tajuk : Kisah aku dan dia a.k.a opismate
 
apa aku pakai, ko jeling....
apa aku makan, ko jeling...
apa aku beli, ko jeling...
harap2 mata ko x juling..amin :)
 
pakaian aku!
apa aku pakai, hak aku! kalo aku pakai mahal ckit, seme ko nak perli..dari lirikan mata kau aku tau ko sememang nyer sentiasa memerhatikan aku..ok fine! aku gaji rendah dari ko. ko kan bos...itulah ayat peberet ko kan? kan?kan? kalo aku gaji rendah dari ko pon, aku x guna pon gaji ko yg banyak tueh! aku mampu la beli barang2 mahal dari ko..
 
makanan aku n anak aku!
apa yang aku makan, seme ko nak pertikaikan..yang kes nie bukan aku sorang jer..seme opis mate kena..sebab aku eh ko selalu komen makanan orang lain? kalo org lain makan ko mesti perhatikan...kemudian, ko komen mahal, x sedap , x sesuai dll.apa sebab ko jadi macam tue eh? ok, meh aku bg sebab2 dan kemungkinan ko jadi macam tueh :-
i.    ko x dapat nak beli macam tue.
ii.   ko kedekut.
iii.  nak makan sendiri pon ko berkira
iv.  ko x ada duit?
v.   ko tanggung laki ko ekkkk..opsssss! im sory :)
 
makanan anak aku? ko selalu bandingkan..anak ko, ko bg makan apa ek? setakat bihun sup bahagi 2 n berebut dengan ko, memang kesian..anak aku? makan ikan tenggiri dowh..bukan nak berlagak, tp alhamdulillah..aku boleh lg bg yang berkhasiat..bukan nak berlagak. cuma terlampau geram dengan apa yg ko buat n kenyataan ko kepada aku. aku masih ingat kata2 kau "gaji rendah boleh ek pakai mahal macam tue..mengalahkan kita gaji yang besar nie" ok fine! aku gembira dengan kata2 kau tue...hahahahaktuuuiiiih!
 
beli?
aku memang suka membeli..ko pandang n senyap boleh x? lagi pon geng aku memang kaki shopping n makan best2 n enak2 belaka.. boleh ko pertikaikan aku makan sup cendawan kenyang ke x? boleh x ko tanya soalan tue sekali jer seumur hidup kau??? jawapan aku : kenyang sebab dalam tue mcm2 ada..malam kang aku makan makanan best lagik.ko hado? oh, maafkan saya!
 
kesimpulannya :
aku memang tension dengan org yang suka menyibuk dengan hal2 orang lain nieh..hormatilah orang lain.bukan bermakna ko gaji mahal ko banyak duit.aku pon ada duit.tp ckitla dari kau! tu aku terima..pandai la berbahasa ckit..sampai bila aku akan mengadap ko enh? sabarlah wahai jiwa..semoga dengan tekanan yg kau berikan, tuhan akan menambahkan lagi rezeki nya kpd aku..amin..bersabarlah wahai hati..i'allah..

Sunday, April 7, 2013

Happy Anniversary Mak n Boh!!









 
 
Mak n Boh, Happy Anniversary yang ke 34...Thanks for being our good parents. Thanks for everything. Tidak tertulis jasa-jasa mu sebab terlalu banyak untuk disenaraikan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan menjaga kamu dengan sebaik-baiknya. Amin Ya Allah. Maaf, sekiranya anak-anakmu tidak mampu untuk menjadi anak yang terbaik, apatah lagi soleh dan solehah. Love both of you always ! :')
 
DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini. 
Mak n Boh... ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Monday, April 1, 2013

cuti2 time!

salam...ok, nie versi update laju2..lagi 15 minit nak balik n baru siap edit gambo yang x seberapa. gambar nie tangkap guna hphone ajer..abah nyer aka suami sy malas nak mengeluarkan senjata nyer...datang la mood malas nyer x leh nak wat apa la..keterujaan dia nak mandi terlebih2..macam ibu jugak..double excited nak bawak aisy mandi laut.alih2, muka x seberapa nak senyum ibu dapat..rupa nyer aisy nie x suka laut..tp seingat ibu, masa pragnent ibu gilakan laut.ekekeke..masa nie aisy da 10 bulan 20 hari..1st g mandi laut..takut ombak n geli pasir.asiy aisy..hik hik..ok,cukup setakat nie bebelan n jom layan gambar :D
 
 geli nyer la dia nie dgn pasir...
 
 takut2 jer nak letak kaki tueh..hehehe
 
 kaki dia letak atas kaki abah..
 
 

 

 muka x ada senyum...ekekeke
 
 

 

 

 

 

 

 muka memang x suka laut..hahahaha
 
penat la ibu....

akhir nyer...fuhhhh :D

# 10 month 20 days