CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 17, 2010

lepas da debaran itu


hurm....sudah lepas siksaan keketaran, kegementaran & kedebaran itu...yang penting..semua nyer selamat sudah..alhamdulillah...pas nie, memikirkan menda2 yg lagi merumitkan keadaan...macam maner tuk per tunangan nie? mini pelamin? baju? aiyak....setakat nie, ader 1 gambar sahaja untuk merisik hari tue...sebab gambar masih d KL & busy sungguh orang tue nak ambikkan gambar pada sepupu nyer...hurmmmm

kenapa tangan sy bengkok mcm 2? hahahaha

~ sy akan jadi serabut pas nie!

Friday, August 6, 2010

waaaaaaaaaaaaaa.....takut!

alamak! da dekat kul 5...da nak balik kg jap2 lagik...aiyak...sy takut...takut untuk hadapi masa esok...aduiii! tp nak wat mcm maner...kena hadapi jugak! tiada aper lagik nak diperkatakan melainkan dah tiba perasaan takut itu...waaaaaaaaaaaaaaaaaa


~ teringat ciuman mak ngah sebab hepi sy da nak dirisik...terus mcm nak nangis...huhu..tengs mak ngah!

Wednesday, August 4, 2010

berjaya!

nak marah ada, kelakar ada, nak gaduh sekali lagi pon ader biler teringatkan kisah semalam....alkisah nyer, dak umah sewa la buat perangai...1st time dalam sejarah hidup ku, aku halau dak dari umah sewa...har har har! melampau & kurang ajar! itu la perkataan paling sesuai untuk budak itu..huh! (menci ingatkan muka dia)..cakap macam bagus..dalam mesej berani la...depan2, lembut besi lagik dari kayu (peribahasa baru)..dia jenis x kan mengaku kalah...dia akan salahkan orang lain da x mau memikir aper sebab orang x suka dia...punca nyer adalah,aku marah dia x basuh pinggan di singki & biarkan kuali yang kotor di dapur dan dia sewenang-wenang nyer pergi kerja dengan hati yang gumbira! yulk! i hate that...lantak la dia ckp apa pun...janji hati senang x ada lagik orang mcm dia d rumah sewa ku....hepi!


~ teringat dia suka hempas pintu kuat2, jalan hentak kaki kuat2 & suka menyebok pasal kehidupan peribadi saya! benci nyer!!!!!

Monday, August 2, 2010

baju oh baju

auw...sudah siap membeli barang tuk risik2...sy pilih sendiri & en pakwe hanya memberi ongkos nya sahaja!hehehe....esok cuma hantar barang2 ker rumah ibu mertua ku sahaja...oppsss...bakal ibu mertua...ngeh ngeh ngeh...tengs kak yus yg sudi meneman ku tuk membeli baju & tlg pilih baju...almaklumla, da ala2 fening lalat nie memang x leh nak memilih...x lupa juga tengs tuk kak huda & diana....pecah sudah rahsia ku untuk merahsiakan risik2...erm, x apa lah...balik2 t, orang tau gak kan? cuma sy sudah takut...hari makin dekat...ari sabtu nie orang2 yang berkaitan datang...datang tuk siapa? untuk diriku & dirimu jua en pakwe...wow! :D



~ x syiok nyer sebab 1 kg sudah tau pasal nieh! siapakah mulut lembik itu? dush3x!!!

Sunday, August 1, 2010

apa itu merisik?

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.

sekadar gambar hiasan...(sy x mo cincin mcm nieh...hahaha)

~ memetik bunga yang sedang menguntum? wow...ai like! ngeeeeeee